Sebahagian ahli awal GATERA

WACANA ISU SUARA MODERAT DAN SYARIAH ISLAM

Wacana Isu “Kempen Suara Moderat” dan dan Kedudukan Syariah akan diadakan pada :

24 hb Januari 2015 hari Sabtu
9.30 pgi -12.30 tgh
di Pejabat MAPIM , Jalan Raja Bot off Jalan Raja Abdullah , Kampung Baru , KL .( di belakang Hotel KL International , Kg Baru dan berdepan Kedai Kosmestik Nouvellis )

Tujuan wacana ini adalah dalam rangka menangani usaha golongan yang mengatasnamakan Suara Moderat untuk mempersoalkan kemahuan majoriti Melayu Muslim di negara ini yang mahu kepada perlaksanaan syariah. Tuntutan mahu kepada syariah tersebut dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Malah isu yang diketengahkan oleh mereka kononnya ujud ekstrimisme agama telah dijadikan alasan untuk memburukkan imej umat Melayu Muslim yang didakwa tidak toleran kepada hak golongan minoriti.

Usaha yang didalangi oleh The STAR jelas mahu memaparkan bahawa tuntutan melaksanakan syariah adalah dianggap suatu tuntutan ekstrim.

Maka Wacana ini yang kami anggap sangat penting , mengharapkan ulama , golongan intelektual dan aktivis dapat berbincang untuk menghadapi cabaran yang diketengahkan oleh golongan tersebut dan melakar tindakan yang perlu diambil untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Kehadhiran Datuk/ Tuan/Puan amat dihargai.

Sila berhubung dengan Pn Norshikin : 03 26910181* atau hubungi pihak kami melalui emel gatera2013@gmail.com atau Facebook http://fb.com/gatera.my untuk memaklumkan kehadhiran.

(Wacana ini adalah kelolaan JARINGAN INTELEKTUAL MUSLIM (seliaan Cikgu Azmi), dengan kerjasama GATERA)